Current song:

‘Jumpa semula di laman sosial’

TINGGAL sehari saja lagi Akma AF, 27, akan bergelar tunangan kepada jejaka pilihan hatinya, Farih Hamshi, 28.

Esok, tepat jam 3 petang, pasangan yang sama cantik dan sepadan itu akan melangsungkan majlis pertunangan mereka di kediaman keluarga Akma di Taman Buana Perdana, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Farih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan kini bekerja sebagai eksekutif di Petronas dan perkenalan mereka tidak berlangsung dalam jangka masa yang lama.

“Bakal tunang saya itu adalah kawan kepada kawan saya. Ia bagaimanapun bukanlah cinta pandang pertama. Kami menjadi agak rapat selepas Farih balik bertugas dari Melbourne, Australia lebih setahun lalu dan kami terjumpa semula menerusi laman twitter. Kebetulan saya pun tiada sesiapa lagi di hati lantas hubungan yang pada mulanya ‘biasa’ saja terus jadi rapat.



“Usia saya pun sudah 27 tahun jadi apabila saya dapat merasakan keserasian antara kami berdua, lebih baik ikatan yang sedia itu diikat lagi de�ngan pertunangan. Farih pun sudah sedia memikul tanggung�jawab sebagai ketua keluarga.


“Alhamdulillah hubungan kami berdua pun mendapat restu kedua-dua belah pihak, jadi tiada alasan untuk melambat-lambatkan niat yang baik itu. Farih juga memahami kedudukan saya sebagai artis dan setakat ini dia mengizinkan saya meneruskan minat dalam bidang seni,” katanya.

Pada hari berbahagia itu nanti, Akma atau nama sebenarnya, Asiatun Akma Abdullah, akan mengenakan persalinan rona merah samar rekaan Butik Chantik yang terletak di Shah Alam.

Akma juga memberi kepercayaan kepada butik itu untuk menggubah hantaran, pelamin, khemah dan juadah untuk tetamu yang datang.

“Walaupun ia hanyalah majlis pertunangan tapi persiapannya rumit juga. Oleh itu saya serahkan kepada butik untuk menyediakan semuanya apatah lagi pemilik butik itu, Kak Lili faham cita rasa saya,” katanya.

Pada majlis itu nanti, Akma akan menerima hantaran berupa cincin, sepasang kain, sirih junjung, senaskah tafsiran al-Quran, buah-buahan dan coklat manakala Farih juga akan dibalas dengan sejumlah hantaran yang menarik.

“Saya cuma harap cuaca baik kerana tahulah saja sekarang keadaan tidak menentu. Sementara menantikan hari pertunangan, hati saya sangat berdebar. Semoga selepas rumah tangga yang bakal kami bina tidak lama lagi akan berkekalan hendaknya,” katanya.

Difahamkan, Akma dan Farih akan diijabkabulkan pada Jun ini.

Perkembangan lain, Akma kini bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat. Bagaimanapun, rezekinya dalam bidang seni terus ada di mana setiap minggu pasti ada undangan persembahan.

“Saya kini bersama Astro menjayakan Feista Astro Mesra Belia - 1Felda 1Malaysia yang mana setiap minggu saya dan beberapa artis lagi akan ‘masuk’ ke segenap Felda bagi membuat persembahan. Tujuan fiesta itu adalah untuk mendekati golongan belia dan masyarakat Felda.

“Dengan adanya program seperti ini, sekurang-kurangnya pada hujung ming�gu masyarakat Felda boleh mengisi masa lapang mereka dengan menonton persembahan kami. Tidak seperti orang kota, banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada hujung minggu.

“Saya pun suka dapat masuk Felda bermesra dengan penduduk yang mana mereka sangat mesra. Dengan layanan yang mesra saya tidak kekok bergaul dengan mereka. Masa hendak pulang rasa sedih pula,” katanya.

Akma juga sudah mencipta lagu baru yang akan digubah semula oleh Aidil AF. Pun begitu jelas Akma, dia akan menumpukan perhatian kepada rakaman lagu selepas dia berkahwin nanti.

“Selepas majlis pertuna�ngan, saya akan terus membuat persiapan untuk majlis kenduri dan persandi�ngan. Biarlah semuanya selesai barulah saya akan masuk studio dan sementara itu Aidil boleh �menyiapkan lagu itu,” katanya.