Current song:

Ramai Nak Bunuh Zed Zaidi


Rasanya dalam tahun ini, artis yang paling banyak menerima ugutan bunuh pasti tidak lain dan tidak bukan adalah Timbalan Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi.

Jadi kalau ada Anugerah Artis Paling Popular Diugut di ABPBH tahun ni, kita dah tahulah siapa yang layak dapat.

Bukan apa, dulu masa kes cermin gelap pun Zed Zaidi kata dia terima ugutan bunuh.

Terbaru dalam kes melibatkan Aaron Aziz pun sama jugak.

Berikut adalah kenyataan Zed Zaidi kepada portal gua.com.my;

“Bukan saya saja yang kena hentam, isteri saya pun kena hentam. Saya risau memikirkan keselamatan isteri yang tengah mengandung. Saya juga terima banyak ugutan bunuh namun saya masih belum membuat laporan polis sebab saya tengah kumpulkan semua mesej-mesej tersebut,” katanya.

Betul ke tidak ni?

Kalau betul, apasal la peminat kita kat luar tu, dah takda keje lain ke selain dari mengugut artis?

Hal cermin nak bunuh orang, hal orang menang anugerah pun nak berbunuh…macam perangai manusia zaman batu.

Dan Zed Zaidi ni satu hal jugak, jangan main buat kenyataan dalam setiap isu yang berbangkit ada orang nak bunuh dia.

Bukan apa, teringat cerita budak pengembala dengan serigala, tak tahu mana yang betul mana yang tak betul kalau kerap sangat, nanti dengan polis pun dah tak mahu ambik tahu.

#Sumber dari Gempak