Current song:

Max 24:7 dapat pujian dari artis Perancis

KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2012: Kumpulan anak didik penyanyi Aesar Mustafa iaitu Max 24:7 tidaklah sepopular kumpulan Forteen yang dibawah naungan KRU Studios.
Namun, Max 24:7 yang dianggotai 10 anak muda iaitu Iymtiaz, Kim, Eykal, Fifi, Aar, Jaq, Virgo, Mierul, Hans dan OB terus berkembang sehingga dipilih sebagai ikon Belia Anti Dadah, baru-baru ini.
Malah, lagu single terbaru mereka berjudul Biar Putus Sementara semakin mendapat perhatian dan diputarkan di beberapa corong radio swasta dan kerajaan.
Lebih daripada itu, portal murai.com.my turut mendapat maklum balas bahawa artis dari Perancis iaitu kumpulan AntiHero mengkagumi bakat yang dimiliki kumpulan itu.
Berkesempatan menemubual ketua kumpulan AntiHero yang bernama Fabian,29, secara online, jejaka peramah itu mengakui muzik yang dibawa kumpulannya itu lebih ke arah muzik K-Pop.

"Saya sudah menonton muzik video Max 24:7 di youtube yang bertajuk Cinta 247. Bagi saya, mereka semua bagus dalam bidang tarian. Malah, saya juga menganggap mereka memiliki cara nyanyian yang lain dan boleh dikategorikan bagus.
"Selain menyanyi dan menari, saya juga seorang komposer di Perancis. Sebab itulah saya anggap Max 24:7 bagus.
"Bagaimanapun, saya merasakan muzik yang mereka tampilkan agak bercitarasa lama.
"Walaupun begitu, lagu mereka sedap di dengar dan muzik yang mereka tampilkan juga bagus.
"Ia juga membuatkan saya merasakan lagu mereka antara lagu yang terbaik dan popular di Malaysia buat masa sekarang," kata Fabian.
Berminat untuk mengadakan persembahan di Malaysia, Fabian secara merendah diri merasakan kumpulan mereka masih baru kerana baru saja setahun bergerak.
"Namun, kesemua ahli AntiHero pernah berkembang secara solo dan mempunyai peminat sendiri.
"Ahli kumpulan kami empat orang. Saya sebagai ketua kumpulan, suara kedua dan komposer.
"Tiga orang ahli lagi ialah Rya sebagai penyanyi utama dan pasangan kembar Ugo dan Theo.
"Sekarang ini kami dalam proses untuk persembahan terbesar kami pada Julai depan.
"Jika berpeluang, kami berminat untuk beraksi di Malaysia dan berjumpa Max 24:7," jelasnya.

sumber: Murai.com.my