Current song:

awal ashari excident

“Saya akur dan selepas menjalani penggambaran, maka timbul satu kesedaran bahawa pelakon pun mempunyai peranan tersendiri dalam menyampaikan mesej kepada penonton. Itulah yang membuatkan saya bekerja keras dengan jujur dan ini adalah satu tanggungjawab. Akhirnya saya mendapat penghargaan dari peminat semua. Alhamdulillah. 

“Saya bukan playboy! Kebetulan saya diganding�kan dengan pelakon cantik, popular dan sensasi, maka tumpuan pihak media dan orang ramai jatuh kepada saya sebagai seorang playboy. Dan dalam setiap drama saya bertukar pasangan. 

“Dari sudut positif, saya gembira dapat berlakon dengan mereka yang berpengalaman. Contohnya Fasha, sebelum memulakan penggambaran, dia mengingatkan saya, buatlah apa saja yang dirasakan sesuai untuk watak sebagai seorang suami. Dia akan beri sokongan. Ini lebih memudahkan saya berlakon apabila mendapat kerjasama sepenuhnya dari pasangan saya. Berlakon membabitkan kerja berpasukan dan kejayaan sesebuah drama bergantung pada usaha sama itu.