Current song:

Hujan Menjuarai Versus

Semalam telah berakhir satu pertandingan Program realiti tv iaitu Versus dimana Pertandingan semalam amat sengit sehingga membuatkan para peminat band dalam versus ini keliru untuk mengundi band-band terbaik.
Pada konsert akhir semalam ada sikit kelainan diamana pada konsert ini tiada tema lagu seperti minggu-minggu sebelumnya. Akan tetapi para juri telah menetapkan bahawa setiap band yang bertanding untuk konsert akhir ini harus memilih 1 buah lagu & 1 buah lagu dari pilihan juri mereka juga dikehendaki membuat sebuah lagu khas untuk versus. itu adalah satu cabaran bagi setiap band

Pertandingan bettle dalam versus adalah dari kumpulan GO Gerilla VS Black And Paralax. untuk merebut hadiah bernilai Rm 25K. Untuk battle terakhir, band tersebut hendakla memainkan lagu versi akustik. Nasib menyebelahi kumpulan Go Gerilla.

Konsert akhir Versus di meriahkan lagi dengan kehadiran juri jemputan iaitu Amy Search yang segak berpakaian seperti Panglima Askar.

kumpulan 6ith Sense mempertaruhkan lagu ciptaan iaitu Hossi yang bermaksud bintang, manakala kumpulan Hujan mempertaruhkan lagu yang bertajuk Ke Selatan yang berkonsepkan ROck Hip Hop yang di gamitkan lagi dengan kehadiran Altimate. Kumpulan Black & parallax Berjaya membawa lagu ciptan dari mereka yang bertajuk Aku Versus Kamu.Manakala Kumpulan Go Gerilla membawa lagu hasil ciptaan dari drummer mereka yang bertajuk Hadiah & Kumpulan Sofazr dengan lagu Berakhir.