Current song:

Rita Rudaini Mahukan Aidil Beri Alasan Kukuh Mohon Cerai

Petang tadi (30 April 2012)  telah berlangsungnya prosiding enceraian Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Ternyata Rita tidak bersetuju dengan permohonan penceraian yang dibuat oleh suaminya dan memohon Aidil memberikan alasan kukuh. Untuk makluman, Aidil dan Rita tidak pernah berbincang secara bersemuka semenjak Aidil keluar daripada rumah 4 bulan yang lalu.


Berikut ialah kata-kata Rita Rudaini:-

Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu. Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung. Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa

Rita turut berkata yang Aidil merupakan seorang yang tidak berpendirian tetap kerana urusan rumah tangga mereka dicampuri oleh keluarga Aidil.

Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain. Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain

Sementara itu Aidil hanya sempat memberikan kenyataan ringkas seperti di bawah:-

Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.